Friday, 7 March 2008

Persediaan untuk B.E.G. (Football 5-a-side)

Assalamualaikum sekali lagi dan salam sejahtera,

Topik 'post' hari ini adalah mengenai pesediaan pejuang2 Glasgow yang akan menyertai perlawanan Bolasepak di Nottingham yang akan diadakan pada minggu hadapan. Pejuang2 Glasgow ini, yang juga dikenali sebagai 'Glasgow United', adalah seperti berikut:
  1. Annuar (Captain/Midfield)
  2. Hj.Asrin (Coach/Striker)
  3. Md.Khairul Anwar (Striker)
  4. Khai (Defender)
  5. Nazri (Defensive Midfield)
  6. Ridhuan (Attacking Midfield)
  7. Shukrimin (Attacking Midfield)
  8. Alimin (Goal Keeper)
Pejuang yang menyertai Perlawanan Bulu Tangkis pula:
  1. Mahadir (Men's Single)
  2. Chee Hau (Men's Single)
  3. Sharifah (Women's Single)
Pejuang-pejuang ini adalah harapan penuntut dari Glasgow untuk meraih kemenangan pada tahun ini. Walaupun persediaan mereka lewat oleh kerana pelajaran, mereka masih bersemangat dan membuat persediaan yang buleh dikatakan mengagumkan.

Setiap hari minggu, mereka akan memulakan dengan 'jogging' selama setengah jam mengelilingi Kelvingrove Park. Selepas itu membuat larian pecut menaiki bukit sebanyak dua ke tiga kali.

Selepas berlari, mereka akan memulakan latihan bola seperti 'one-two', 'one-touch' and 'two -touch passes' dan lain2. Setelah penat berlatih, mereka akan memulakan perlawanan persahabatan bersama pejuang lain di Glasgow selama sejam.

Dalam setiap perlawanan sukan, amatlah penting untuk membuat persediaan. Kerana ianya bukan sahaja meningkatkan stamina dan permainan tetapi ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri untuk bermain dalam perlawanan. Didalam latihan ini juga boleh menguatkan lagi tali silaturrahim diantara pemain yang amat sangat berguna didalam mana-mana perlawanan sukan.

Salah satu lagi perkara yang amat penting setelah membuat persediaan adalah taktik dan strategi permainan itu. Maka seorang pengarah amatlah penting untuk mengatur permainan dan pengarah ini mestilah dipatuhi untuk berjaya bukan sahaja dalam perlawanan tetapi juga dalam keseronokan permainanan.

Dengan ini, saya sudahi dengan motto yang sering kita dengar 'Majulah sukan untuk saya ehh.. Negara'
Sekian terima kaseh dari saya, 'Pejuang Glasgow, P.G.' 'Post' yang selanjutnya adalah mengenai 'Pengalaman belajar di Negeri Orang'.

Thursday, 6 March 2008

Pengenalan Kedua


Assalamualaikum semua,

Hari ini saya akan perkenalkan pejuang2 Glasgow yang menuntut di University of Strathclyde dan jua rakan2 dari Paisley.
Mereka adalah :
  1. Annuar
  2. Alimin
  3. Ibrahim
  4. Hasrol
  5. Mahadir
  6. Vasco
  7. Ridhuan
  8. Shukrimin
  9. Chee Hau
  10. Tracy
  11. Nadya
  12. Wajihah
  13. Ching Li
  14. Silah
  15. Suria
  16. Rizah
  17. Faks
Itu sahaja barangkali... Kalau sekiranya ada orang tertinggal, dengan hormatnya saya ingin meminta kemaafan yang tak terhingga...

Golongan Pejuang-pejuang Glasgow ini sememangnya sangatlah 'Happening'. Setiap akhir minggu bermacam macam kegiatan dilakukan. Mereka semuanya bulehlah dikatakan tersangatlah peramah dan ada juga yang pemalu.. terutamanya Awang Vasco. :) jangan marah yer...

Dengan ini selesai sudah lah pengenalan tentang Pejuang-pejuang yang berada di Glasgow. Sebelum itu ada juga Pejuang dari Perth yang sering ke Glasgow untuk memeriahkan lagi Glasgow, namanya tidak usah disebut.... Kita panggil Net saja ya.. :)
Dengan itu sekian terima kaseh dari saya, Pejuang Glasgow. Nantikan 'Post' yang akan datang, tentang Persediaan pejuang-pejuang Glasgow dalam Pertandingan Bolasepak di Nottingham. :)

Pengenalan Blog



Assalamualaikum Warahmatuhi Wabarakatuh kepada semua muslimin dan muslimat, dan Selamat Sejahtera kepada yang bukan beragama Islam.

Ini adalah blog pertama saya, dan saya di kenali sebagai 'Pejuang Glasgow'. Saya telah di kenalkan dengan 'blog' ini oleh DreamerZ dan Nwaruto. 'Blog' mereka boleh didapati di 'affliates' jika sekiranya anda ingin 'check them out'.

Baiklah, oleh kerana ini blog pertama saya akan memperkenalkan beberapa pejuang-pejuang Brunei (yakni Penuntut) yang ada di Glasgow.

Mereka adalah seperti berikut:
1)Kenny
2)Anwar
3)Kevin
4)Daniel
5)Nazri
6)Khairul
7)Azim
8)Khai
9)Sei Poh
10)Eddie

Ini adalah golongan lelaki yang sedang menuntut di Universiti of Glasgow 2007/2008

Golongan perempuan pula:
1)Sharifah
2)Yen Peng
3)Lushian
4)Fizah

Pejuang yang menuntut di Strathclyde dan berkerja di Paisley akan di kenalkan pada 'post' yang akan datang.
Jika sekiranya ada yang tertinggal, minta maaf yer....

Buat masa ini, itulah saja pengenalan Blog ini...
Terima Kaseh dari saya 'Pejuang Glasgow'

Khamis, 6hb March 2008