Topik 'post' hari ini adalah mengenai pesediaan pejuang2 Glasgow yang akan menyertai perlawanan Bolasepak di Nottingham yang akan diadakan pada minggu hadapan. Pejuang2 Glasgow ini, yang juga dikenali sebagai 'Glasgow United', adalah seperti berikut:
- Annuar (Captain/Midfield)
- Hj.Asrin (Coach/Striker)
- Md.Khairul Anwar (Striker)
- Khai (Defender)
- Nazri (Defensive Midfield)
- Ridhuan (Attacking Midfield)
- Shukrimin (Attacking Midfield)
- Alimin (Goal Keeper)
- Mahadir (Men's Single)
- Chee Hau (Men's Single)
- Sharifah (Women's Single)
Setiap hari minggu, mereka akan memulakan dengan 'jogging' selama setengah jam mengelilingi Kelvingrove Park. Selepas itu membuat larian pecut menaiki bukit sebanyak dua ke tiga kali.
Selepas berlari, mereka akan memulakan latihan bola seperti 'one-two', 'one-touch' and 'two -touch passes' dan lain2. Setelah penat berlatih, mereka akan memulakan perlawanan persahabatan bersama pejuang lain di Glasgow selama sejam.
Dalam setiap perlawanan sukan, amatlah penting untuk membuat persediaan. Kerana ianya bukan sahaja meningkatkan stamina dan permainan tetapi ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri untuk bermain dalam perlawanan. Didalam latihan ini juga boleh menguatkan lagi tali silaturrahim diantara pemain yang amat sangat berguna didalam mana-mana perlawanan sukan.
Salah satu lagi perkara yang amat penting setelah membuat persediaan adalah taktik dan strategi permainan itu. Maka seorang pengarah amatlah penting untuk mengatur permainan dan pengarah ini mestilah dipatuhi untuk berjaya bukan sahaja dalam perlawanan tetapi juga dalam keseronokan permainanan.
Dengan ini, saya sudahi dengan motto yang sering kita dengar 'Majulah sukan untuk saya ehh.. Negara'
Sekian terima kaseh dari saya, 'Pejuang Glasgow, P.G.' 'Post' yang selanjutnya adalah mengenai 'Pengalaman belajar di Negeri Orang'.
No comments:
Post a Comment